Jul 03


Hari ni rasa nak cakap sikit je kot .
” Tahu cakap tahu . tak tahu cakap je tak tahu . Jangan berlagak ‘DEWA’ tapi apa pun lu tak tahu . Kalo lu tak tahu sesama kita boleh belajar pasal aku pon nak tahu . Kalo lu tak tahu tapi lu berlagak macam lebih dari orang yang tahu , lu memang tak tahu malu ! “
Siapa ? siapa makan cili dia la rasa pedasnya . Kami di Pesona makan bendi je , so takde la rasa pon. Hahahaha …..
Gambar di atas merupakan gambar pasangan pengantin adik beradik yang sama-sama bekerja sebagai guru dan sama-sama mendirikan rumahtangga . Uniknya mereka berdua , perwatakan yang amat jauh berbeza antara dua . Kisah mereka masih dalam pembikinan . Yang pasti scene yang paling popular untuk Outdoor di Kuala Kurau ni ….. BAN PECAH !
Shoot By : Hafiz & Nur
Design : Hafiz
www.pesonasenifoto.com
In The Making …..

Jun 30



SENGET - Kenapa senget ? coz kali ni saya nak tunjuk beberapa keping gambar yang sengaja di ’senget’ kan . Memang kadang-kadang kita seringkali dengar orang berkata tentang horizontal line . Bila horizontal line senget macam-macam orang komen . Tapi entah kenapa kenkadang diri saya nak juga sengatkan beberapa keping pic supaya nampak lebih menarik ( pada diri saya la ) . Tapi jangan pula kalo snap 500 image , semua 500 image anda sengetkan . Mahu pening or sengat kepala costumer anda nanti . Hahahah ..
Pengantin kali ni adalah saudara atau lebih dikenali sebagai ‘kulaan’ di beberapa daerah di Perak . Pengantin ini adalah saudara kepada rakan fotografi saya , Saupix Ahmad . Itu pun tahu semasa saya tengah shooting pengantin nie dan dia ada di sana . Sayangnya dia tak bawa kamera bersama , kalo idak boleh sama-sama shooting , takda la saya shoot sorang-sorang .
So .. lain kali bawa lah kamera anda selalu . Hahahahahha
Shoot & Design By : Hafiz
www.pesonasenifoto.com
Jun 26

Ingat tak lagi janji kami nak umumkan satu perkara ? So kami tunaikan hari ni . Perkenalkan Along a.k.a Mikagami . Now Along dah jadi sebahagian daripada ahli Pesona Senifoto . Semua ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang “kadang-kadang” tak sempat kami nak penuhi . Now daripada 3 tempat sehari untuk di isi , kami dah tingkatkan kepada 4 kekosongan sehari .
Tentang hasil kerja Along pula , tak perlu anda risau . Along dah pernah melakukan tugas untuk kami sebelum ni dan semua spesifikasi yang kami tetapkan beliau dapat penuhi tanpa sebarang masalah . Sebenarnya sebelum beliau di tawarkan secara ‘rasmi’ sebagai ahli Pesona Senifoto , beliau dah beberapa kali mengikuti kami di dalam beberapa siri “Tagging” .
Namun dari aspek editing pula , saya masih melakukan semua kerja-kerja editing . Along hanya akan bertugas sebagai jurugambar Pesona Senifoto sahaja . Jadi anda tak perlu risau tentang editing yang akan dilakukan kerana saya tetap akan lakukan untuk anda .
Penambahan ini tak bermakna anda boleh melakukan tempahan “last minit” ye . Hehehe . Booking for 2009 sudah mula diterima so bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan khidmat kami eloklah berbuat demikian seawal mungkin . For this year ada beberapa saja lagi slot untuk diisi and most date dah ada yang menempah . So jangan jadikan perkara ini berulang lagi .

Ingat juga lagi dengan cerita saya tentang shooting ketika hujan ? Di atas adalah salah satu daripada gambar yang di ambil . Nasib baik dapat pengantin yang sporting dan sanggup berhujan untuk shooting ni . Sebelum shot di ambil merayau-rayau jugak saya hampir sejam mencari port yang terbaik bagi mengelak hujan . Tapi akhirnya mengalah juga dengan hujan and terpaksa basahkan diri .
Ada lagi beberapa siri Ban Pecah dalam post yang akan datang . Nantikan ……
Hafiz
www.pesonasenifoto.com
Jun 23

USM-TRANSKRIAN . Selalu layan majlis kenduri kahwin je, kenkadang layan formal event best gak . Event kali nie is Majlis Malam Anugerah Sukan Kelab Kebajikan Sukan & Staf Universiti Sains Malaysia . Majlis ini adalah bertujuan untuk menyampaikan hadiah serta penghargaan kepada semua staf yang terlibat di dalam Sukan Antara Jabatan USM 2007 atau lebih dikenali sebagai SUKJAB’07 .
Layout di atas adalah layout untuk album majlis berkenaan . Album yang telah siap dijangka akan diserahkan kepada wakil kelab KKSSK pada hari ni . So kepada sesiapa yang nak tengok (kepada staf USM khasnya) abum tersebut boleh berhubung dengan En. Fazli (REDAC) .
Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri
Shoot By : Hafiz & Nur
Design By : Hafiz
www.pesonasenifoto.com
Jun 19



BAN PECAH - Satu tempat paling popular kalau di area Bagan Serai and Kuala Kurau . And paling famous lagik inilah salah satu tempat paling famous bagi photographer kat sini untuk buat outdoor session . In Mei kami dah “membelasah” 5 pasang pengantin kat sini . Paling memeritkan is the last one bila kami terpaksa shooting dalam hujan dengan memakai raincoat . Pengantin lak mula-mula guna payung , but last sekali bila shot semua macam tak best je pakai payung , diorang merelakan diri untuk bermain hujan . But pic di atas bukan mereka la , nak tunggu kisah shooting dalam hujan , tunggu la nex-next-next punya entry . Huhuhu .
Tempat ni juga dah jadi port untuk kami sesekala untuk melayan sunset . Kedudukan matahari yang terbenam di sebalik lautan memberikan view yang amat-amat menarik . Bila bernasib baik and cuaca pon ok , maybe kita akan dapat lihat bentuk bulat matahari secara direct .
Maybe satu hari kita akan terjumpa di sana . Tegur-tegur la …..
Shoot By : Nur
Design By : Hafiz
www.pesonasenifoto.com
Jun 16



Masih ada permintaan untuk wedding bulan Ogos even dah notice kami dah full that month . But , takpa untuk memenuhi permintaan yang ada , kami akan mengumumkan beberapa perkara baru dalam masa terdekat . Semua ni untuk memenuhi permintaan yang ‘kadang-kadang’ melampaui jangkauan kami .
Ada beberapa costumer yang call minta contoh sampel custom album . So this is some ’sneak preview’ custom album yang kami sedang siapkan .
This costumer is my schoolmate masa di SMKA Al-Mashoor (L) dulu . Kepada pengantin and my friend , Selamat Pengantin Baru bebbbbb !! Petang ni jangan lupa suruh your wife jumpa aku pilih fabric apa dia mau untuk album hampa ….
Shoot By : Nur
Design By Hafiz
www.pesonasenifoto.com
Jun 09




Tak ada apa nak di cakap . Musim shoot dah berakhir . Now musim bercinta dengan Photoshop pon bermula . Sedang cuba me’roket’kan diri menghabiskan editing secepat mungkin . Hampir 15 000 keping gambar untuk diproses yang merangkumi beberapa siri resepsi .
Kepada para costumer , harap bersabar menunggu giliran anda . Huhuhu . So dengan tamatnya separuh masa pertama musim wedding untuk tahun ni , kami menunggu pula separuh masa kedua dijangkakan pada bulan Disember nanti .
Hafiz & Nur
www.pesonasenifoto.com